TDP Cycle's CLUB
Taman Desa Permai
Lunas, KEDAH Darul Aman
1. PERKARA
Mesyuarat TDP Cycle's CLUB untuk
kali yang kedua
Tarikh : 4hb Februari 2003
Tempat : Surau Al-Falah Taman Desa
Permai
Masa : 9.40pm
2. KEDATANGAN
Peratus kedatangan =52.4%
Nama ahli yang hadir
Nama
ahli yang tak hadir dengan kebenaran
Mohd Suhaimi Azyze
Syed
Fadzil
Abu Bakar
Salleh
Ahmad Izzaidin
Hj
Badaruddin
Ismail Saad
Zainuddin
Abdul Rahman
Roslan
Ismail Hamid
Hj
Mohd Amin
Norhisham Osman
Ramli
Hj Johari Senawi
Nik
Azmi
Hut bin Engkeh
Maurice
Feizal
Mokhtar Yusof
Mydin@
Shaharuddin
Ahmad Darobi Che Din
3. AGENDA
| Turutan Agenda |
Butiran |
Tindakan |
| 1. Perutusan
Presiden Kelab |
1.1 Mengucapkan salam dan
selamat datang ke mesyuarat yang diadakan buat
kedua kalinya. |
Presiden |
| 1.2 Merakamkan penghargaan
dan terima kasih kepada ahli kelab yang hadir |
| 1.3 Menyerahkan tugas
Setiausaha buat sementara kepada En Abdul Rahman kerana ketidakhadiran setiausaha |
| 2. Laporan dari Setiausaha
Kelab |
Tiada laporan disebabkan
ketidakhadiran Setiausaha didalam mesyuarat. Laporan terperinci akan disediakan untuk
mesyuarat akan datang |
Setiausaha |
| 3. Laporan dari
Bendahari Kelab |
3.1 Menyatakan secara
rasminya kutipan KUT Basikal telah tamat pada Januari 2003 tanpa ada apa-apa masalah |
Bendahari |
| 3.2 Salah seorang
ahli kelab belum lagi menjelaskan KUT sebanyak RM128 |
Ahli berkenaan |
| 3.3 Memohon ahli
kelab yang hadir mengesahkan jumlah bayaran yuran kelab didalam salinan yang telah
diedarkan |
Bendahari |
| 3.4 Mengesahkan bahawa
sejumlah wang yuran telah digunakan untuk menyelesaikan saki baki KUT. Ini adalah kerana
beberapa orang ahli kelab yang menyertai KUT tidak menjelaskan pada masa yang ditentukan. |
Bendahari |
| 3.5 Menyediakan
laporan penyata kira-kira pada mesyuarat yang akan datang. |
Bendahari |
3.6 Setelah
mengadakan diskusi diantara ahli-ahli kelab, kelab bersetuju mencadangkan kutipan yuran
bulanan akan diagihkan seperti
berikut:
RM500
akan tukarkan ke bentuk Sijil Simpanan Premium BSN
RM200 dari
kutipan akan dipegang oleh Bendahari untuk keperluan aktiviti
semasa
Baki akan
dimasukkan dalam AKAUN SEMASA BANK ISLAM |
Presiden & Bendahari |
| 4. Laporan aktiviti berbasikal
sepanjang tahun 2002 |
4.1 Diantara
aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2002 adalah :
- XPDC ke Sg Sedim(Bersama KM
Warriors
sekali) sebanyak 4 kali
- XPDC ke Kasawari(30km) sebanyak 4
kali
- XPDC bersama MTB XTREME club dan
KM
Warriors di Ulu Paip
sekali
- Latihan mendaki di Bukit Sirim(45
degree)
sebanyak 2 kali
- Latihan mendaki di Bukit
Siltera(45degree)
sekali
- XPDC ke Sarang Ayam sekali(35km)
- XPDC ke Bukit SG KOP sebanyak 2
kali
- Bersama KM Warriors di Bukit
Botak Sg
Kob sekali
- XPDC ke Lunas Sawit Plantation
bersama
MTB XTREME sekali(15km)
|
Presiden Kelab |
| 5. Cadangan
aktiviti berbasikal secara berkumpulan untuk tahun 2003 |
5.1 Dibawah adalah
cadangan aktiviti untuk tahun 2003 seperti yang telah dipersetujui :
Aktiviti Harian :
Latihan akan diadakan setiap hari SELASA dan JUMAAT
pada jam 6.30ptg
Aktiviti Mingguan :
SABTU Minggu Pertama dan Ketiga - Aktiviti kayuh
dimulakan sebelah pagi bermula jam 7.30am
SABTU Minggu Kedua dan Keempat - Aktiviti kayuh
dimulakan sebelah petang jam 5.30pm
Aktiviti Bulanan :
Jadual bulanan dan akan diedarkan sebelum
mesyuarat akan datang.
Aktiviti Tahunan :
Beberapa cadangan telah dikemukan oleh
ahli kelab. Diantara cadanganya iialah mengadakan aktiviti berbasikal dengan diikuti
keluarga sekali ditempat seperti yang dinyatakan dibawah :
Cadangan ke Langkawi
Cadangan Ke Pulau Pangkor
Cadangan ke Kelantan
Cadangan ke Terengganu
Cadangan ke Cameron Highland
Segala cadangan tersebut akan dibincang pada mesyuarat akan datang. |
Setiausaha |
5.2 Ahli kelab
dinasihatkan untuk membuat perancangan awal supaya dapat menyertai
aktiviti diatas tanpa halangan. |
Presiden |
5.3 Hari AHAD merupakan
Hari bersama keluarga. Ahli kelab digalakkan menggunakan
sepenuh masa untuk beriadah bersama keluarga. |
Presiden |
| 6. Pakaian Rasmi
Kelab |
6.1 Mendapatkan rekabentuk
yang sesuai |
Izaidin |
| 6.2 Mendapatkan penaja
untuk membekalkan pakaian rasmi kelab |
Izaidin |
| 6.3 Menyediakan logo yang
bersesuaian untuk pakaian dan kelab |
Norhisham |
| 6.4 Membincangkan harga
untuk membeli pakaian rasmi ahli |
Ahli |
| 6.5 Membuat perkiraan berapa
yang perlu diagihkan untuk pakaian dari yuran sumbangan kelab |
Bendahari |
| 7. Lain-Lain |
7.1 Setiap sen yang
akan digunakan dari yuran mestilah diumumkan terlebih dahulu kepada ahli-ahli kelab untuk
mendapatkan persetujuan dengan mengedarkan surat persetujuan kepada ahli kelab. |
Bendahari |
| 7.2. Untuk aktiviti mingguan
dan bulanan yang memerlukan belanja, kutipan akan dibuat pada hari tersebut dari ahli.
Duit dari kutipan yuran hanya untuk aktiviti yang melibatkan perbelanjaan yang besar |
Presiden |
| 7.3 Ahli kelab mestilah
diberitahu terlebih awal tentang aktiviti tahunan. Ini untuk memudahkan ahli kelab membuat
perancangan dan persediaan awal yang lebih sempurna |
Setiausaha |
| 7.4 Cadangan untuk
mendapatkan sebahagian dari yuran untuk membeli peralatan asas basikal |
Bendahari |
| 7.5 Cadangan menubuhkan
koperasi yang akan bernaung dibawah PPITDP yang bertujuan untuk membantu ahli-ahli PPITDP
pada masa hadapan dari segi kewangan serta mewujudkan masyarakat yang berwawasan dimasa
kini |
Ahli PPITDP |